Posts

Showing posts from October, 2016

Konvo & Rezeki

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah taala. Lagi berapa hari je nk masuk bulan November 2016. Dalam bulan 11, ada hari yang akan menjadi kenangan manis dalam hidup aku. Aku bakal dianugerahkan ijazah sarjana muda UiTM. Alhamdulillah. Aku happy sangat-sangat  bercampur nervous pun ada. Tapi disebabkan aku pernah konvo utk diploma. So, tak lah takut sangat nak konvo utk ijazah ni. Aku akan konvo dekat uitm alor gajah. Kalau sebelum ni, konvo dkt uitm shah alam. Awal pagi jugak lah keluarga aku gerak dari Muar. Sekarang konvo dkt melaka je. So, dekat sangat dgn Muar. Suasana mungkin sama cuma tempat saja yang berbeza. Tak sabar jugak nak jumpa kawan-kawan kelas. Kawan yang jadi tempat bergaduh, suka, duka. Macam-macam jenis perangai akan kita jumpa bila dalam hubungan berkawan ni. Dah setahun jugak la tak jumpa diorang semua. Macam mana lah rupa masing-masing. Mesti dah berbeza. Dah matang da semuanya 😂 Masing-masing pun dah bekerjaya. Alhamdulillah. Gembira tengok diora...

Tanggungjawab Yang Aku Pikul

Ada yang tanya kenapa aku tak nak cari kerja dekat KL, sebab peluang kerja dkt sana lagi banyak. Memang betul, cuma aku ada sebab sendiri kenapa berat hati nak cari kerja dkt sana. Aku memikirkan keluarga aku sebenarnya. Ye lah, sebagai anak sulung dlm keluarga, tanggungjawab aku lagi berat berbanding adik beradik yang lain. Keluarga aku tak sekaya mana, hidup biasa-biasa saja. Jadi, aku fikir keluarga aku perlukan aku. Hati aku pun sebenarnya berbolak balik, sebelum ni aku ada je pergi interview dkt JB, aku memang excited pergi, siap interview, company siap cakap aku confirm dapat. Last2 tak dapat. Memang sakit hati betul dgn company tuuh. Aku dah excited nak hidup merantau tapi tanpa khabar berita, tak bagitahu aku ni tak dapat. Last2 aku kerja dekat melaka je. Alhamdulillah, ada adik aku yg tinggal dkt melaka. Dapat lah aku tumpang dekat rumah dia. Bila kerja dekat melaka ni, syukur alhamdulillah. Aku rasa mcm seronok. Kawan2 pun sporting, walaupun ada yg over menyakat. Kadang...