Pra-Konvokesyen UiTM ke 79

Alhamdulillah, pelajar lepasan diploma mesti tak sabar-sabar nak tunggu hari konvokesyen. Masing berdebar nak tunggu hari istimewa tu, dh macam nk bernikah pulak rasanya.. =)

Ahad lepas, 10 Nov aku dengan kawan-kawan diploma UiTM Segamat berpakat ambil jubah konvo di DATC UiTM Shah Alam..Sebelum nak ambil jubah konvo tu, mesti kena settle-kan semua dokumen yang pihak universiti nak terutamanya yuran konvokesyen dan kaji selidik graduan.

Kaunter buka dari pagi hingga ke petang, dah plan nk datang awal-awal tapi macam biasa lah kan, Bila dah ramai-ramai, masing-masing banyak ragam..Bukannya apa, rancang nak datang awal sebab nak lari daripada raptai.

tapi

datang lambat, kena pergi juga taklimat raptai. Ingatkan boleh lepas, tapi tidak. hmmmm. tak pe la kan. Taklimat raptai tu pun tak lama sangat dan tak boring..quite interesting. Banyak input yang kita dapat terutamanya etika pemakaian graduan dan ibu bapa, cara berjalan diatas pentas. Semua tu memang penting. Tak rugi pun join taklimat raptai..Graduan ramai tapi yang datang dengar taklimat raptai tak ramai pun. Kesian dekat pegawai taklimat tuuu..

Habis sahaja taklimat raptai, baru la masing-masing berebut beratur nak dapatkan jubah konvo..lepas dapat tu boleh terus pakai, tengok sesuai ke tidak dengan badan korang..kalau tak sesuai, boleh tukar dengan segera..kalau badan ketaq-ketaq macam aku ni sesuai jubah saiz L tapi masa tu aku dapat M..bab tu nanti aku cerita dekar entry lain.

semua dah ambil jubah, masing-masing dh excited nak bergambar. Nak buat pra-konvo katanya...malas nak tulis merepek lagi, tengok aje la gambar dekat bawah ni,


Atas ni gambar dalam Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), tak ramai pun graduan yang datang nak dengar taklimat raptai. Dewan ni memang besar gila


Ini muka tengah excited, dapat sahaja jubah terus pakai., terus ambil gambar. over sangat~


Jubah konvo dengan mortar board.. 


dan ini lah kawan-kawan seperjuangan masa diploma,ad yang sambung degree dan ada yang terus bekerja.. Ada lagi ramai sebenarnya tapi masing-masing dh berpecah bila keluar dari dewan.


peace yo !

tunggu untuk next entry pulak ye ! =P

Comments

  1. best nye dah nak graduate !!!sye lmbat lagi..still ada setahun setengah...aduhh rasa mcm lme gila nak tunggu...

    ReplyDelete
  2. best2... tahniah (:......

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer