Handphone aku hilang.


Bulan lepas handphone aku hilang, memang sedih la rasanya. Memang sayang sangat dengan handphone tu. Beli pakai duit sendiri la katakan, memang kita hargai 100%. Tapi, malang tak berbau. Silap aku jugak rasanya.

Masa tu hari jumaat, aku bersama kawan aku plan nak pergi Mid Valley, rancang nak jalan-jalan aka shopping.Sebenarnya cuci mata aje, gila la kan nak bershopping dekat Mid Valley tu. Barang-barang semua branded. Kau mampu ?

Kalau beli pun, mesti pakai duit ptptn kan? jangan membazir okay kawan-kawan yang ambil ptptn tu..

dah petang baru lah kami balik ke kampus semula, sampai seksyen 2 dalam waktu maghrib. Hujan pulak masa tu. 2 jam aku tunggu rapidKL, tak sampai-sampai jugak. Fikir 2 3 kali nak naik teksi ke tidak. Akhirnya naik teksi jugak untuk balik ke kolej. Tangan kiri kanan penuh dengan beg dan makanan.

Dalam teksi, aku duduk depan. Memang sempit dan ada lah jugak aku berbual-bual dengan pakcik tu. Sampai kolej aku bayar dan keluar dari teksi, baru lah aku perasan handphone aku tak ada. Jadi aku memang tak ingat handphone tu hilang dkt mana. Yang pasti, sebelum masuk dalam teksi, handphone memang ada. Jadi, handphone aku ada dalam teksi.

Aku dah terdiam masa tu, tak tahu nak buat apa. Nak call post guard pun aku tak tahu nombor telefon nya. Kalau ada mungkin dapat balik handphone aku tuu..tapi masa tu pakcik teksi tu tak bagi kad teksi dia dkt post guard. Jadi dia terus keluar dan tak akan berhenti dekat post guard. 

Aku pinjam handphone kawan aku nak call handphone aku, mana tahu pakcik tu perasan ada handphone tertinggal dan dia akan pulangkan semula. Dari pukul 8 hingga 11 malam aku call, tak orang jawab. Mungkin pakcik tu tak perasan agaknya. Pukul 12 malam tu aku call lagi, lepas tu dah voice mail. makanya, handphone aku tu dh dijumpai dan aku rasa memang orang yang jumpa tu tak akan pulangkan. Dah sah-sah dia ambil handphone aku dan buang simkad aku. T_T 

tapi aku terpaksa jugak guna duit ptptn untuk beli handphone baru, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih :)

daripada sony experia sola yang hilang tu, aku beli sony experia J. Aku beli aje handphone tu, dalam hati ni tak ada pun rasa happy ke apa. Rasa kosong..kosong..kosong masa tu la kan.....


Experia Sola

Experia J

Comments

  1. sye skrg pakai hanphone xperia J jugak..dlu xperia X8 sye hilang dekat TS,so tpakse la guna duit ptptn beli yg baru nie..

    ReplyDelete
  2. SEDIHNYA TT_TT

    Takpaham dgn org yg curi haih. Hehe best tak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni kan guna experia sola, yg baru pun experia J. so, function dia sama jek. bosan sebenarnya. hohoho tp dh 'ter'beli. pakai aje la kan..

      Delete
  3. hahaha hp org baru hilang beberapa hari yg lepas. mcm tak gune org yg curi tu grr. sayang giler kot hp tu. tsk tsk

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer