Posts

Showing posts from August, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Image
Dah seminggu raya baru nak update blog kannnnn. mesti ramai yang tertunggu-tunggu. acececehhhh! berangan aje lebih aku ni.. Biasalah kan, musim cuti pun tak panjang. Jadi, waktu ni la nak manfaatkan, menggunakan cuti 2 minggu tu sebaik mungkin. Memang ramai sedara mara datang berkunjung, yang dah setahun tak pernah berjumpa. Masa raya ni laaaa kan nak bersua kembali..ada jugak tahun lepas kurus, tahun ni naik pulak badan. yang dari gemuk bertukar ke kurus belum lagi, tak ada lagi..mungkin aku kot untuk tahun depan..kahkahkah Kawan-kawan sekolah dengan uni ramai yang belum datang lagi, disebabkan cuti raya tahun ni pendek sangat. Patutnya bagi la cuti lama sikit kannnnnn, masing-masing tak puas lagi nak bercuti raya. Lepas raya, kalau pensyarah masuk ke kelas. boleh kira la student yang datang nak menuntut ilmu. student lain bertateh-tateh nak balik ke kampus semula, rasa berat jek nak tarik beg baju..kadang-kadang ada juga pensyarah masuk ke kelas, kosong..kosong..kosong....

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Image
Alhamdulillah, 19/7/2013 yang lepas telah keluar keputusan permohonan ke UiTM bagi penerapan lepasan diploma UiTM. Memang berdebar nak menunggu keputusan keluar.  Bersyukur sangat-sangat bila dapat keputusan permohonan lulus. Akhirnya dapat juga aku sambung ijazah selepas bersusah payah menempuh diploma yang sangat mencabar. Aku dapat Sarjana Muda Sains Komputer UiTM. Agaknya aku memang tak boleh berpisah dengan CS (Computer Science). Mungkin dah ketentuan Allah taala tetapkan aku untuk teruskan dalam bidang ini walaupun aku tak berapa nak hadam dengan bidang ni. Aku terima dengan ikhlas dan akan cuba sebaik mungkin untuk buat yang terrrrbbaaaaiikk untuk pengajian kali ini. Nervous jugak dapat kampus transit Shah Alam, memang tak pernah ke sana. Lepas keputusan keluar. Aku tak habis-habis searching pasal UiTM Shah Alam. Aku akan teruskan pengajian bermula semester 3. Terus jadi senior kononnnnyyyyaaaa.. Dapat la jugak merasa duduk kolej Perindu untuk 1 semest...