Jom Derma Baju Raya Terpakai Dan Baru Pada Bulan Ramadan Di Seluruh Negara!



Projek ini diinspirasi oleh projek mendermakan makanan, projek mengumpul tudung, telekung dan sebagainya untuk diberikan kepada yang memerlukan. Tapi projek  kali ini mengumpul baju-baju raya yang masih elok, cantik dan masih boleh dipakai untuk diberikan kepada anak yatim dan ibu tunggal. Projek ini diinisiasi oleh Aida Suraya binti Daud dan hingga kini lebih dari 15 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam projek ini.

MENGAPA
Kita sedia maklum bahawa Hari Raya merupakan hari kegembiraan kepada umat Islam. Salah satu cara untuk meraikannya dengan memakai pakaian cantik di hari raya. Namun, ada insan-insan yang kurang bernasib baik yang tidak mampu untuk membeli pakaian baru. Dengan itu, kami berharap dengan adanya projek ini, mereka yang kurang mampu dapat sama-sama merasakan kemeriahan di hari raya nanti.

BILA
#BajuRayaProject bermula di dua sesi iaitu sebelum puasa (7 Julai 2013, Ahad) dan insyaAllah semasa bulan puasa (21 Julai 2013, Ahad). Namun, kerana sambutan yang menggalakkan di seluruh Malaysia, beberapa fasa telah dimulakan di Klang dan Kuantan sejak dua minggu lalu. Dan pihak Baju Raya Project telah berkolaborasi bersama pihak stesen radio terkemuka iaitu ERA FM dimana pasukan Era Rangers akan mula mengumpul baju raya baru dan terpakai di seluruh negara mulai minggu hadapan.

BAGAIMANA
Selepas menerima kutipan baju, sukarelawan akan terus memeriksa dan menyusun semula baju dan akan terus diedarkan ke rumah anak yatim atau ke persatuan ibu tunggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Penderma digalakkan untuk mengasingkan baju mengikut saiz dan jantina, dan diminta untuk hanya memberi baju yang masih boleh dipakai. 

Berikut adalah beberapa buah rumah kebajikan yang bakal menerima sumbangan pakaian raya dari Baju Raya Project 

Alamat Melaka
Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, 46, Jalan Durian Daun, 75400 Durian Daun, Melaka
Tel : 06 – 2834149

Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih Kompleks Penghulu Air Panas, 77200 Bemban, Melaka
Tel : 06 – 5291285

Alamat Pahang
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al Insyirah
Lot 2/11478, Perkambungan Sungai Isap, Jalan Gambang, 25150, Kuantan Pahang.
Telefon 014-5294331 (Puan Salawati)

Alamat Johor
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Muar, 18, Jalan Petri, Peti Surat 109, 84007 Muar
06-9510022

Alamat Penang
Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang, No. 79 Jalan Scotland, 11400 Pulau Pinang
Tel: 04 – 2297355

Alamat Perlis
Pertubuhan kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, No. 1, Jalan Dato Wan Ahmad, 01000 Kangar, Perlis
Tel: 04 – 9766766 / 9769185
*perempuan sahaja

Alamat Sabah
Rumah Anak Yatim Tambunan, Petisurat 36, 89657, Tambunan, Sabah.
Tel: 087-774120

Alamat Kuala Lumpur
1. Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah, No. 111-3, Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, km12 Jalan Ipoh Selayang, 68100 Batu Caves, Kuala LumpurTel: 019-2621671

2. Rumah Kasih Harmoni, No.1, Jalan AU 2A/13, Taman Sri Keramat, 54200 Kuala Lumpur.Tel: 017-3494313 / 013-3303430

HARAPAN DAN PERINGATAN 

Dan pada penderma, tolong pastikan baju tersebut bukan baju yang anda ingin buang, tetapi baju yang anda akan pakai jika diberikan kepada anda di hari raya. Baju tersebut hendaklah masih baik dan bersih dan pastikan CUMA BAJU BERKAITAN RAYA SAHAJA – baju kurung, kebaya, baju melayu, tudung. Kami tak mahu menjadi beban buat pihak penerima pula nak buang baju yang tak boleh dipakai. Kita nak hadiahkan kepada mereka, bukan nak jadikan mereka tempat letak baju yang kita dah tak hendak.

Kami berharap agar projek ini dapat dibuat secara besar-besaran dan semoga kita dapat menceriakan mereka yang memerlukan.

Sebarang info lanjut, anda boleh hubungi pihak Baju Raya Project di laman Facebook  dan Twitter Baju Raya Project 

Oleh Aida Sue
http://www.wanista.com/2013/07/info-penuh-baju-raya-project-jom-derma-baju-raya-terpakai-dan-baru-pada-bulan-ramadan-di-seluruh-negara/

Comments

  1. Wah!!! Nak join,,nak join!!!

    ReplyDelete
  2. baju tu terus hantar ke alamat yang di atas tu kan?:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah semoga murah rezeki pemberi dan oenerima ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer