Bandar Maharani, Bandar Diraja
Muar yang dahulunya dikenali sebagai bandar Muar kini diisytiharkan Bandar Maharani, Bandar Diraja Johor. Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah diadakan di Muar selama 5 hari 5 malam bermula 21 hingga 25 November yang lepas. Pelbagai acara menarik sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan pengisytiharan Muar sebagai Bandar Diraja. Antara sambutan yang diadakan adalah acara perarakan kereta berhias, Cabaran Jet Ski Antarabangsa Johor 2012, perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api. Mercu tanda baru di bulatan Sulaiman, dibina dengan kos lebih RM 1 juta. Monumen tersebut yang mempunyai identiti tersendiri dengan empat gading gajah gergasi di setiap sudut dan mahkota di bahagian atasnya. Malam akhir ketika acara bot berhias dan pertunjukan bunga api. Jambatan Sultan Ismail ditutup untuk memberi ruang orang awam untuk menyaksikan acara berkenaan. Dah macam semut aku tengok orang dekat atas jambatan tu. Siap ada g...