Assalamualaikum. Setiap manusia mempunyai pelbagai perangai, macam peribahasa Melayu 'Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam'. Tak tahu la kena ke tak ayat peribahasa tu dengan situasi aku sekarang ni. Agak-agak padan la yek :) Seperti pelajar, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk belajar. Kalau aku la kan, waktu zaman sekolah dulu aku memang suka dengar lagu sebab nak ikut cara Che Amalina Che Bakri tu belajar. Dulu dia kan famous dapat straight A's. Tapi sekarang dah tak boleh da, adakah disebabkan faktor usia?? macam la aku ni dah tua sangat. haha .......... Zaman dulu dengar lagu-lagu nasyid jek, tak macam zaman sekarang ni. Lagu sekarang ni dah macam-macam genre da. Dengan Kpop lain, rock lain, RnB lain. macam-macam lagi la kan. Bukan nak kutuk ke apa kan, aku memang layan semua lagu tapi bertempat la kan. Macam cara belajar tadi, sekarang aku tak boleh belajar sambil dengar lagu. Kepala otak ni macam dah tak terurus, ke...