Info Takwim

Assalamualaikum.


apa khabar kwn2?? sihat x hari nih..dh makan?? haaa, hari nih mak aku masak kan ikan keli berlada.. nyum nyum mmg sedap gila!! ok, hari nih bukan pasal ikan keli aku nak cerita kan tetapi pasal sempena Maal Hijrah. Rasanya belum terlambat nak ceritakan serba sedikit info mengenai Takwim Hijrah nih.
Senario sekarang nih, ramai anakAnak muda mcm kita nih kan! tidak tahu bulanBulan Islam berlaku kerana kita sudah mewarisi penggunaan kalendar Masihi yg menjadi satu amalan universal. Tahu x apa tuh kalendar Masihi?? alaaaa, kalender yg kita gunakan sekarang..Jan,Feb,Mac,Apr,June,July bla bla lg tuh..


ok sekarang nih nak cerita kan serba sedikit mengenai bulanBulan dlm Takwim Hijrah. Orang Arab memberi nama bulanbulan ini dengan melihat keadaan alam dan masyarakat pada masamasa tertentu sepanjang tahun. Ia diterima pakai hingga sekarang. 


Berikut adalah namaNama bulan dalam Islam:
  • Muharam : Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang.
  • Safar : Ertinya kosong. Penamaan Safar terjadi kerana pada bulan itu, semua orang lelaki Arab zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga permukiman mereka tiada orang lelaki.
  • Rabiul Awal : Ertinya berasal dari kata Rabi' (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah bagi umat Islam.
  • Rabiul Akhir : Ertinya masa menetap kaum lelaki dirumah untuk tempoh penghabisan.
  • Jamadil Awal : Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau apabila masalah kekeringan mula terjadi.
  • Jamadil Akhir : Ertinya musim kemarau yang penghabisan.
  • Rejab : Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.
  • Sya'aban : Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam yang terjadi pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah(Baitullah).
  • Ramadhan : Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam AlQuran, satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan.
  • Syawal : Ertinya kebahagiaan iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah selepas menunaikan puasa dan membayar zakat fitrah serta saling bermaaf-maafan. Itulah maksud membahagiakan
  • Zulkaedah : Ertinya Zul(pemilik) dan Kaedah(duduk). Bulan ini merupakan waktu isitrehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmatinya dengan beristirehat dirumah mereka.
  • Zulhijjah : Ertinya menunaikan haji. Bulan ini umat Islamsejak Nabi Adam A.S menunaikan ibadah Haji.
Selesai sudah info sedikit mengenai 12bulan bulan ISlam..Harap kwn2 dapat maklumat berguna dengan sedikit bingkisan yang aku sediakan ini. ok la, sampai sini dulu. Nanti aku cari idea lagi apa yg nak di isi dalam blog aku nih. Laptop pn dh panas nih. Ad cooler tp x sejuk. sengal betol coolerpad nih.  ok bye2.. 
Salam Maal hijrah.


Sumber: Kosmo! 

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer