Posts

Showing posts from July, 2013

Jom Derma Baju Raya Terpakai Dan Baru Pada Bulan Ramadan Di Seluruh Negara!

Image
Projek ini diinspirasi oleh projek mendermakan makanan, projek mengumpul tudung, telekung dan sebagainya untuk diberikan kepada yang memerlukan. Tapi projek  kali ini mengumpul baju-baju raya yang masih elok, cantik dan masih boleh dipakai untuk diberikan kepada anak yatim dan ibu tunggal. Projek ini diinisiasi oleh Aida Suraya binti Daud dan hingga kini lebih dari 15 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam projek ini. MENGAPA Kita sedia maklum bahawa Hari Raya merupakan hari kegembiraan kepada umat Islam. Salah satu cara untuk meraikannya dengan memakai pakaian cantik di hari raya. Namun, ada insan-insan yang kurang bernasib baik yang tidak mampu untuk membeli pakaian baru. Dengan itu, kami berharap dengan adanya projek ini, mereka yang kurang mampu dapat sama-sama merasakan kemeriahan di hari raya nanti. BILA #BajuRayaProject bermula di dua sesi iaitu sebelum puasa (7 Julai 2013, Ahad) dan insyaAllah semasa bulan puasa (21 Julai 2013, Ahad). Namun,...