Posts

Showing posts from November, 2011

Wordless Wednesday #4

Image

Gambar Jambatan Runtuh di Kalimantan,Indonesia

Image
Assalamualaikum Lebih 30 orang dipercayai masih hilang selepas jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 720 meter yang dibina menyerupai jambatan Golden Gate di San Francisco runtuh ke dalam Sungai Mahakam pada Sabtu lepas. Jambatan tersebut telah siap dibina pada tahun 2002. Punca jambatan itu runtuh tidak dapat dipastikan tetapi dipercayai bahawa satu kabel sokongan jambatan itu putus semasa kerja-kerja membaiki sedang dilakukan. "Jumlah mangsa yang terbunuh ialah 11 orang," kata ketua agensi pencari dan penyelamat wilayah Kalimantan Timur, Harmoni Adi. Semoga mangsa hilang akan dijumpai dengan selamat. Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Tokoh Maal Hijrah 1433H | 2011

Image
Assalamualaikum Ahad lepas telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433H di Puat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini mempunyai 2 kategori iaitu kategori Kebangsaan dan Antarabangsa. Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, 69, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 bagi kategori Kebangsaan. Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fuoad Abdul Salaam, 65, pula dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi kategori Antarabangsa. Selaku penerima anugerah, Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat.

Opick - Rapuh

Image
Assalamualaikum. Hye! sekarang mood kurang baik, geram sangat dengan si Dhia. Memang tak dengar kata. si Dhia Sangat susah nak lepaskan kawan-kawan..Asyik berkepit jek! Nak hilangkan bad mood tuh, aku suka sangat dengar lagu dari Opick. Tajuk lagu dia Rapuh, memang tenang bila dengar sambil faham kan setiap bait-bait lirik lagu ni. Opick ni penyanyi dari Indonesia yang membawa lagu yang berunsurkan ketuhanan. Memang tak rugi kalau korang dengar lagu dia. Sini aku ada lirik lagu Rapuh, mari kita sama-sama fahamkan setiap lirik lagu ini. Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka Tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Ku persembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidupku Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dada ku harap hanya Dirimu yang bertakhta Detik wak...

Komik hantu yang menyeramkan

Image
Assalamualaikum. Hye u ollss! check this out! awesome gila. Boleh kena heart attack kalau baca komik dari korea. Korang baca sendiri dekat sini : Bongcheon-Dong Ghost Scroll ke bawah untuk membaca cerita penuh.

Wordless Wednesday #3

Image