Posts

kahwin?

29/3/2021 1220am UMUR DAH 30 NI. BILA NK KAHWIN? TAK KAN TAK ADA KENAL DGN SESIAPA JANGAN LAMBAT SANGAT  Ye. Tahun 2021 ini umur aku masuk 30 tahun. Tak sangka ye da 30 tahun aku hidup. Perkahwinan mak abah aku pun dh masuk 31 tahun. Semoga mereka berdua sihat walafiat, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan baik yang berpanjangan. Amiin ya rabb Tipulah kalau aku tak ada terfikir pasal isu kahwin ni. Mesti ada punya. Tak ada lah berfikir sentiasa tapi kadang2 dia mcm terlintas di fikiran. Lepastu hilangh, lepastu datang balikk. Itu yang boleh buat mood swingg. 😂 Ada ke yang nk kahwin dgn orang yang bergaji basic 1300? Saving tak ada, rumah pun harapkan rumah pusaka. Jangan la ditanya kenapa tak ada saving. Cuba fikir sendiri, dgn duit belanja dapur, nk bayar bill api, air, astro, duit minyak kenderaan sememangnya mmg x pernah cukup. Berkahwin ini bukan lah satu keperluan tapi ia adalah satu kehendak. Aku hendak kahwin tapi aku tak mampu. Jadi aku sedar diri. Hahaha janga...

bye 2020 hi 2021

28/12/2020 1053malam. Lagi berapa hari saja nak masuk tahun baru 2021. Begitu juga umur aku, akan bertambah 1 menjadi 30. OMG, tak sangka ye secepat ini masa berlalu. Kalau orang tanya, apa azam tahun baru? Aku akan jawab x ada azam. Hahaha sebab mmg tak akan tercapai azam tu. Huhuhu boleh tak ber azam nk jadi kaya? Tapi nk kerja mcm biasa je, tak mau usaha lebih 😂 bukan apa, kadang2 bila orang kaya bagi tips kejayaan ni byk mcm x masuk akal. Dia suruh kita buat 2,3 kerja lepastu pertikai pulak kenapa x boleh buat 2,3 kerja, bukan ke sehari ada 24 jam. Jadi bayangkan kerja hakiki 8jam. Nk buat part time lagi tambah berapa jam. Kalau kerja fixed mmg boleh buat tapi mcm mana kalau kerja yang ada shift, mmg susah nk buat 2,3 kerja. Bila masa pulak nk rehat, sibuk kerja memanjang jangan sampai rumah tak terurus. Kalau bujang rumah sendiri, mungkin x ada masalah. Yang kahwin, jangan risau, isteri boleh tolong. Hagitu Selain azam nk jadi orang kaya, aku berazam nak tukar kerja, dah lama sa...

Mencari Ikhlas

Assalamualaikum. Saja nk bercerita dkt sini. Zaman sekarang org biasa meroyan dlm ig atau twitter atau fb kan. Itu mmg saja nk bagi kecoh. Tapi bagi aku segan la nk meroyan dkt situ. Hahaha. Ye la, mcm nanti org baca, dh dituduh buka aib sendiri. Betul tak? Aku nk cerita dkt sini, bukan nk minta pendapat korang tapi kalau ada yg sudi bg pendapat, alhamdulillah kiranya masih lg ada blogger yg baca blog aku ni. Hehehe he. Aku rasa kena cerita supaya aku lega sikit. Kalau tak, duk fikir je dlm kepala otak ni. Kebelakangan ni, aku agak penat. Rasanya bukan kebelakangan ni je, mmg dh lama penat. Hahahaha. Aku bujang dan tinggal dgn mak ayah. Ada juga adk lelaki bongsu tinggal sama dlm rumah tu. 2 adk perempuan sudah kahwin dan of course la dh duduk rumah lain, ikut suami. 2 adk tu biasa balik kg waktu weekend. Mid July 2020 mak aku masuk hospital, kena tahan dlm 4 mlm. Alhamdulillah, Allah permudahkan kebetulan mak aku masuk wad tu weekend. Jadi mudah lah adk aku balik utk jaga mak bila ber...

hello again!

Assalamualaikum. Hahahha. Awal² nak taip ni pun aku dh tersenyum dan tergelak. Sebab apa? Rasa tiba² install apps blogger dkt phone. Rasa mcm nk start semula blogging. Hahaha. Dah lama tak berceloteh atau meroyan di blog. Sekarang dh advance, rata² semua meroyan dkt twitter. Blog dh tak pandang dah sekarang ye. Hahaha Insha Allah, harap nya lepasni aku lebih rajin untuk meroyan dkt sini pulak. Hahaha Post yg lepas mengenai dilemma utk kerja speedmart tu. Fast forward, aku dpt offer tu dkt branch jb tapi aku tak pergi jugak. Hahaha. Atas alasan, berat nk tinggalkan mak abah. Hmm, takpe la. Aku Cuba untuk cari kerja di muar saja. Semoga urusanku dipermudahkan. Amiiinnn.

Dilemma

Assalamualaikum. Dah lama rasanya aku tak update blog. Diharap semuanya sihat belaka ye. Alhamdulillah Dah share sikit, tak tahu nk luahkan pada siapa lagi. Padahal dah banyak kali cerita dengan kawan-kawan. Hahahaha. Naik muak diorang dengar. Sebenarnya aku dapat kerja baru. Sekarang aku kerja di 7 Eleven, dh 2 tahun lebih kerja di situ. Rasanya dh tiba masa untuk aku cari kerja yang lebih stabil, menjamin masa depan aku. Aku ada apply job di speedmart haritu. Dipendekkan cerita, alhamdulillah. aku dpt job tu tapi bukan di muar. Mungkin dapat area JB.. Ikutkan dh 2 kali aku apply speedmart ni. Tak silap awal 2017, 1st time apply before masuk 7 eleven lagi. Masa tu interview di KL. Aku dapat job tu tapi aku terpaksa tolak sebab tak ada duit utk hidup dkt selangor. Masa tu mmg tak duit. Nk pinjam dgn parents pun rasa malu. Serba salah nk pinjam sebab family pun bukannya kaya. Diorang lagi memerlukan duit. 2019 aku cuba apply semula speedmart, alhamdulillah interview di warehouse sel...

draft - Dinner DCS

Image
Draft Date - 16/04/2010 Masha Allah, style apa aku pakai zaman ni! hahaha. Kurus teruk masa ni, sekarang dah kembang semangkuk. kahkahkah

draft - Perpustakaan Awam Memang Awesome ! :D

Image
Draft Date - 3 Oktober 2012 Disebabkan final exam dah dekat, maka aku merajinkan diri ini untuk menghadap buku-buku setebal kamus Oxford tuu. Aku ajak kawan aku pergi study dekat perpustakaan awam segamat. Daripada semester lepas, cadang nak study dkt sana. Tapi habuk pun tak ada, tiap kali nak pergi mesti ada hal yang tak penting dianggap penting. Biasa la tu kan~  Jiran sebelah rumah aku ni dalam proses renovation dari minggu lepas, jadi bunyi mesin memang tak lekang. Kalau bangun pagi tu, dah tak payah guna alarm dah. Kalau nak study lagi la kan. memang menyakitkan hati aje.  Dengan itu, aku dan kawan kau pergi la public library yang tak berapa jauh tu..Mula-mula takut jugak nak masuk sebab bangunan lama, tersorok daripada jalan besar. 2 3 kali aku ulang alik naik motor. Fikir 2 3 kali. Nak ke tak masuk ni. Mahkamah dekat sebelah memang banyak kereta. Dah terlanjur sampai ni, masuk aje la.  Parking depan pintu masuk and masuk jek nampak la kaunter pengur...

draft - Jadi Pengalaman

Hidup aku sekarang ni dah macam hidup berkeluarga.. Sebab apa aku cakap mcm itu? Sekarang ni aku tahun akhir dan sedang menjalani latihan praktikal, masuk pukul 8 balik pukul 5. Mcm biasa la kan, office hour. Badan semestinya penat walaupun tak banyak kerja tp penat tu masih ada. Sampai rumah, tukar baju dan sambung melayan anak pulak. Mana pulak dapat anak ni? Mak aku kan babysitter. Dia jaga 2 beradik. Kakaknya 3 tahun dan adik dia 3 bulan. Kakak dia memang la nakal. Tak senang duduk dibuatnya.. Tapi penat bekerja tu hilang bila kita melayan anak-anak kecil ni. Seronok tengok keletah anak-anak ni. Dodoikan sampai tertidur. Lepas tu. Sibuk pulak mengemas rumah. Basuh pinggan, lipat baju, sapu sampah. Bila dah selesai semua kerja. Baru la dapat rehatkan badan. Masa untuk mengadap kerja-kerja pejabat pulak dan seterusnya tidur. Bila bangun esok pagi.. Sambung balik rutin harian aku..lain cerita pulak bila weekend. Kerja membantu emak mengemas, menbasuh dan memasak..Kalau mak aku outsta...

Gaji Minima Syarikat 7 Eleven Untuk 2019

Image
      Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya melalui email mohamadsolehin@gmail.com

Best Place Untuk Melepak Di Muar

Image
assalamualaikum, hi apa khabar you guys! dah lama tak update blog.. harini saja je nak update, kebetulan memang dah melepak, kerja pun dah settle. hahaha mungkin benda ni boleh jadi thread. insha Allah. kumpul sikit-sikit tempat yang best untuk lepak dekat Muar ni. sebab rasanya aku sebagai anak jati Muar pun anggap nak mencari tempat lepak agak susah dekat Muar ni. Tempat makan memang banyak tapi tempat yang kita boleh stay lama-lama untuk chill and relax sambil spend time dengan kawan-kawan atau famili susah nak cari. 1) Coffee + Cream Cafe You guys boleh je search nama kedai dekat google maps.. Kalau refer pada review dekat google maps tu, memang ramai suggest tempat ni selesa untuk melepak dengan harga yang agak berbaloi.. mungkin la kot. tapi aku rasa ada jugak mcm mahal.. Kek dia sedap. Mana yang minat coffee, sini banyak jenis. Aku tak minat sangat coffee sampaikan tak tahu nak order apa. Last2 aku minta pendapat staff situ, menu apa yang sedap. hahaha entah air apa ...

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dalam blog aku. ye lah, dah lama rasanya tak update blog kesayangan beta tu. hehehe tak tahu nak mula daripada mana, tapi berkaitan dengan gaji kot kadang-kadang aku tengok anak muda sekarang ni, payah nak hulur sikit gaji diorang dkt mak ayah. bukan apa dik, sebagai anak ada tanggungjawab dkt ibubapa tau. waktu kecil dulu, guna duit mak ayah la yang membesarkan korang sampai dah besar ni. jadi apa salahnya, beri la sikit sebahagian gaji korang tu untuk diorang merasa. tak salah dik oi. lagi berkat adalah gaji korang tu. keberkatan sangat penting dik dalam hidup ni. lagi2 berkat daripada ibubapa kita sendiri. "gaji tak cukup la abg nk hulur dkt diorang" ikut keikhlasan hati kau nk hulur berapa, kalau ikhlas nak hulur rm100. bagi la rm100 nk cerita zaman mula kerja dulu, aku mampu bagi rm100 dkt mak ayah. mak rm50. ayah rm50...

Membebel Tengah Malam

hey guyss dalam keadaan mengantuk jugak lah aku taip story ni. acah-acah tulis story dalam buku diary sebelum tidur gituwww.. hahaha nak luahkan sikit la perasaan ni, especially untuk lelaki acah-acah jantan sangat diluar sana. aku pun lelaki jugak kan, tapi tak berapa nak jantan sangat.. kahkahkah aku ni baru je cuci pinggan mangkuk yang tersadai selama 2 hari. what the hell!! bukan nak bangga diri, sebab aku rajin nak cuci semua pinggan mangkuk tu tapi sebagai anak lelaki, sila bertimbang rasa sikit dengan mak kita ambil peluang ni, untuk ringan kan beban dia. dah la kain baju, spender kau pun mak kau yang basuhkan, siap idai, lepastu lipat lagi. dah tu siap tolong simpan dalam almari lagi. kerja kau tukang kembur baju yang mak kau dah lipat tu. tolong eh. jangan jadi pemalas. apa salahnya kau tarik elok-elok baju tuu. kalau yang terkeluar tu, susun balik cantik-cantik. apa jenis perangai syaitonnnn ek kau ni. *gaya macam marah aje* hahahaha apa kaitan b...

Jadi Tanda Tanya

Assalamualaikum akhirnyaa terbuka jugak blog kesayangan ni haaaa. Ingatkan dah terkubur. huhuhu harap-harap tak terkubur, biarlah jadi kenangan untuk bacaan anak cucu. gitu 😊 sebenarnya 1 hari ni, aku terfikir pasal bayi. Ada benda yang buatkan aku jadi musykil. okay, kita selalu tahu yang bayi akan menangis kalau dia mengigau atau bermimpi. Jadi, kenapa dia boleh menangis? Dia tahu ke yang mimpi tu hanya mainan tidur? atau dia tahu yang dia sedang tidur? hahaha itu je benda yang menjadi tanda tanya aku dalam 1 hari ni. 😆😆 pelik kan, nampak sangat tak ada kerja. padahal memang tak ada kerja pun sebenarnyaa, tengah tanam anggur ni.. hehehe 😢😢😢😢😢

Konvo & Rezeki

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah taala. Lagi berapa hari je nk masuk bulan November 2016. Dalam bulan 11, ada hari yang akan menjadi kenangan manis dalam hidup aku. Aku bakal dianugerahkan ijazah sarjana muda UiTM. Alhamdulillah. Aku happy sangat-sangat  bercampur nervous pun ada. Tapi disebabkan aku pernah konvo utk diploma. So, tak lah takut sangat nak konvo utk ijazah ni. Aku akan konvo dekat uitm alor gajah. Kalau sebelum ni, konvo dkt uitm shah alam. Awal pagi jugak lah keluarga aku gerak dari Muar. Sekarang konvo dkt melaka je. So, dekat sangat dgn Muar. Suasana mungkin sama cuma tempat saja yang berbeza. Tak sabar jugak nak jumpa kawan-kawan kelas. Kawan yang jadi tempat bergaduh, suka, duka. Macam-macam jenis perangai akan kita jumpa bila dalam hubungan berkawan ni. Dah setahun jugak la tak jumpa diorang semua. Macam mana lah rupa masing-masing. Mesti dah berbeza. Dah matang da semuanya 😂 Masing-masing pun dah bekerjaya. Alhamdulillah. Gembira tengok diora...

Tanggungjawab Yang Aku Pikul

Ada yang tanya kenapa aku tak nak cari kerja dekat KL, sebab peluang kerja dkt sana lagi banyak. Memang betul, cuma aku ada sebab sendiri kenapa berat hati nak cari kerja dkt sana. Aku memikirkan keluarga aku sebenarnya. Ye lah, sebagai anak sulung dlm keluarga, tanggungjawab aku lagi berat berbanding adik beradik yang lain. Keluarga aku tak sekaya mana, hidup biasa-biasa saja. Jadi, aku fikir keluarga aku perlukan aku. Hati aku pun sebenarnya berbolak balik, sebelum ni aku ada je pergi interview dkt JB, aku memang excited pergi, siap interview, company siap cakap aku confirm dapat. Last2 tak dapat. Memang sakit hati betul dgn company tuuh. Aku dah excited nak hidup merantau tapi tanpa khabar berita, tak bagitahu aku ni tak dapat. Last2 aku kerja dekat melaka je. Alhamdulillah, ada adik aku yg tinggal dkt melaka. Dapat lah aku tumpang dekat rumah dia. Bila kerja dekat melaka ni, syukur alhamdulillah. Aku rasa mcm seronok. Kawan2 pun sporting, walaupun ada yg over menyakat. Kadang...

Ada Hikmah Di Setiap Kejadian

Sebelum ni kan aku ada cerita pasal job interview dekat nusajaya tuu. Beriya lah aku cerita, mak abah aku pun excited, bangga dgn anak dia dapat kerja bagus. Tapi apa kan daya, ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan ditengah hari. Aku dah bagi surat resign dkt tmpt kerja muar, sbb aku confident akan dpt kerja dkt jb tuu. Ye laaa, interviewer tu sendiri ckp yg aku mmg dpt job tuuu. Just tinggal tunggu dia call saja. Mmg ada call, tp lepastu senyap sampai kesudah. Aku dah email interviewer tuu, tapi dia forward dkt staff lain. And then staff tu senyap mcm pundek.. seriously mmg sakit hati. Rasa tertipu. Bukan aku sorang je. Aku ada try contact bdk2 yg berjaya mcm aku ni tru email.. diorang pun senasib dgn aku. Ada yg masih berharap menunggu result. Ada yg dah dapat kerja lain..mmg semua rasa tertipu. Kalau tak dapat, terus terang jek laa. Ini kita email cause we need the answer tp diam tak berbalas. Company jenis apa mcm tu. Tapi tak pe, setiap kejadian ada hikmahnyaa. Ada...

Rindu

Ya allah, dah lama tak ber-blog. Dah lama rasanyaa tinggalkan dunia blog ni.. Rindu betul dengan blog kesayangan aku ni. Rindu nk berceloteh dalam blog ni buatkan aku terfikir, ada lagi ke manusia yang membaca blog? Hahaha Ye laaaa, zaman sekarang ni kan semakin canggih. Contohnyaa mcm myspace, dulu bukan main famous lagi. Myspace tu mcm facebook sekarang ni. semua benda nak update dalam tuuu. Alhamdulillah, aku sempat merasa buka akaun myspace. Hahahaha 😄 Tiba-tiba teringat mcm mana aku boleh create blog ni. Zaman belajar diploma dulu, aku berkawan dgn seorang mamat ni. Kiranyaa mcm bestfriend la, tapi tak lama kenal dia sbb dia dismiss. Huhuhu Tapi sekarang alhamdulillah, dia dah berjaya. Masuk je IPT lain, terus maju kedepan study dia. Okay, back to the story. Punca wujudnya blog aku ni disebabkan awek dia. Hahaha Apa kena mengena blog aku ni dengan awek dia. 😉 Awek dia buat blog utk create dijadikan memory indah masa percintaan mereka berdua. Dari bl...

Job Interview @ Nusajaya

Image
Hari ni 13 June 2016, aku pergi walk-in interview di nusajaya, sekarang dh tukar nama iskandar puteri. Jawatan sebagai technical support engineer, di syarikat multinational nama Nityo ICoE. Sebelum ni nazlin, kawan aku pernah training dlt situ. So, aku pernah try send resume through email dkt one of the senior staff dkt situ dlm bulan februari. So, bulan 6 ni dia reply email aku dgn invitation interview utk jawatan sebagai technical support. Jujur aku cakap, sebelum ni aku susah tau nk pergi iv. Maksudnyaa byk je company IT open kerja. Aku malas nk apply, belum apply tapi aku dh bg mcm2 alasan sebab takut nk jadi programmer. Nak jadi helpdesk,nanti kena power english. Tapi bila dapat email dari Nityo ni, aku terpanggil nk pergi walk-in iv dia. Tak fikir panjang, aku terus on je dgn amarul. Set date, off day ahad. Apply cuti isnin. Terus pergi iv. Nervous okay nak iv. Kena ckp english. Dh english aku berterabur. Sebelum pergi iv, mesti lah kena prepare ...

Membebel tengah mlm

Pesanan utk diri sendiri sebenarnya. Biarlah kita buat 1 kerja, walaupun gaji kecil yg tak seberapa asalkan berkat disisi Allah taala. Berbanding kita buat 2 kerja tapi tak berkat,, mmg ada masalah je sentiasa. Kerbekatan. tu yg penting. tak kisah lah Kerja siang mlm bagai nak rak, kalau tak berkat, halal haram tak kisah. Itu yg merosakkan institusi rumah tangga. Duit hasil dari kerja yg halal dimata manusia tapi tak ada barakah dari allah mmg beri kesan pada seseorang. Hasil gaji tu lah, diguna buat beli makan pakai anak-anak.. hasil gaji tu lah, jadi darah daging dlm diri. Jangan salahkan anak2 kalau hati anak keras. Anak tak dengar kata. Kena fikir apa punca benda semua tu berlaku. Jangan asyik nak salahkan org lain. Jangan fikir kita dh tua ni, dh byk pengalaman, dh tahu asam garam kehidupan. Yg tua tak matang, tak betul lg. Kadang2 yg tua ni lah lagi tak betul. Dh tua, lg liat nak dibentuk.. Masing2 ada tanggung jawab masing2. Posted via Blogaway

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 3 Ramadhan. bersyukur kita masih sempat lagi nak menyambut ramadhan tahun 2016 ni. tak ada nak cerita, just nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA DAN BANYAK AMALAN BAIK DILAKUKAN DARIPADA RAMADHAN SEBELUM NI  AMIIN YA RABB