Posts

Jom Derma Baju Raya Terpakai Dan Baru Pada Bulan Ramadan Di Seluruh Negara!

Image
Projek ini diinspirasi oleh projek mendermakan makanan, projek mengumpul tudung, telekung dan sebagainya untuk diberikan kepada yang memerlukan. Tapi projek  kali ini mengumpul baju-baju raya yang masih elok, cantik dan masih boleh dipakai untuk diberikan kepada anak yatim dan ibu tunggal. Projek ini diinisiasi oleh Aida Suraya binti Daud dan hingga kini lebih dari 15 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam projek ini. MENGAPA Kita sedia maklum bahawa Hari Raya merupakan hari kegembiraan kepada umat Islam. Salah satu cara untuk meraikannya dengan memakai pakaian cantik di hari raya. Namun, ada insan-insan yang kurang bernasib baik yang tidak mampu untuk membeli pakaian baru. Dengan itu, kami berharap dengan adanya projek ini, mereka yang kurang mampu dapat sama-sama merasakan kemeriahan di hari raya nanti. BILA #BajuRayaProject bermula di dua sesi iaitu sebelum puasa (7 Julai 2013, Ahad) dan insyaAllah semasa bulan puasa (21 Julai 2013, Ahad). Namun,...

29/06/2013 Final Piala FA (Kelantan vs JDT)

Image
Esok perlawanan akhir Piala FA antara team Kelantan dengan team Johor Darul Takzim (JDT). Mari la kita berdoa beramai-ramai agar team JDT menang untuk kali ini. Team Kelantan bagi la chance dekat JDT pulak nak menang. Asyik Kelantan jek sapu setiap tahun.. :) Yang pergi rombongan/trip/konvoi ke Stadium Bukit Jalil esok, jangan lupa supaya berhati-hati ketika memandu dan ketika berada di dalam stadium. Jaga tingkah laku masing-masing. Jangan la ada yang ter-over sangat kan sampaikan orang sebelah makan hati..... Setiap pertandingan memang adat, ada yang menang dan kalah. So, kalau keputusan dah muktamad. Sila la terima dengan redha dan jangan bertindak atau menunjuk protes disebabkan ketidak puasan hati anda ituuuu... Agak-agaknya siapa la juara Piala FA 2013 ini yek?

Jerebu

Image
Sekarang ni Malaysia dah dilanda jerebu. Aku tak tahu dari mana punca sebenar jerebu ni datang. Tapi, dengar cerita berlaku kebakaran di Indonesia. Kalau imbas kembali, memang setiap tahun akan berlaku masalah jerebu teruk.. Jerebu dekat Muar ni memang semakin teruk, paling teruk waktu pagi dengan tengah hari..Petang kurang sikit. Kalau perhatikan betul-betul, jerebu ni bawa sekali habuk-habuk halus. Kalau disedut tu memang boleh menyebabkan sesak nafas. Sibuk sikit la staff hospital Muar ni, penuh dengan pesakit.. Ada sedikit info yang digalakkan untuk kita lakukan seperti berikut: Gambar rajah di bawah ini adalah API bagi kawasan Muar. Boleh perhatikan, kawasan Muar memang paling teruk terjejas dengan jerebu.. Sekarang ni pun, aku nampak ramai dah mula pakai mask. Harap semua mengambil langka berjaga-jaga. Untuk ketahui keadaan jerebu di kawasan masing-masing, boleh la lihat di SINI

Selamat Hari Abah! :)

Okay, hari ini 16 Jun 2013 merupakan Hari Bapa. Aku lebih suka Hari Abah sebab aku panggil abah. hahaha Teringat zaman kecil-kecil dulu, aku rasa abah aku paling garang dalam dunia ni. Sebab dia tegas. Dulu anak kecil lagi, belum matang. Belum mumaiz lagi kata orang la kan. Kami 3 beradik ni suka main-main, kerjar sana sini. Lepas tu bergaduh, menangis. Hahahaha Abah aku kerja siang malam. jadi, balik mesti lah penat. Nak berehat, nak tido. Bila nak tidur. Anak buat hal pulak. Memang sorang-sorang la kena pukul. Orang dulu cakap bantai . "Aku bantai (pukul) sorang-sorang" Memang teringat sampai sekarang ni, dah jadi kenangan yang boleh diceritakan dekat anak cucu nanti. Hahahaha Kalau zaman sekolah rendah, kerja yang aku paling malas nak buat kerja tentang baiki basikal. Kalau basikal rosak, mesti aku kena baiki. Mentang-mentang la aku anak sulung lelaki yang bawah aku ada 2 adik perempuan..Memang aku jek la jadi mangsanya. Abah aku jadi mentor. Tengok dari jauh.. Le...

Gemok!

Image
2 minggu cuti sekolah pun dah nak berakhir, mesti adik-adik dah mula mengeluh dah kena set alarm untuk  bangun pagi-pagi. Aku pun macam gitu jugak, mula-mula happy la dapat cuti panjang tapi bila difikirkan semula, rugi la pulak kan cuti panjang ni. Aku rasa mcm banyak pembaziran telah berlaku. Oleh disebabkan itu, duit aku pun makin kering. Ingatkan nak berjimat cermat la sikit kan untuk 1st gaji ni tapi makin boros, sampaikan duit gaji aku tak sempat nak bagi emak abah merasa. Minta maaf sangat-sangat. Mungkin itu la sebabnya sampaikan tak berkat agaknya. Duit cepat beno hilang, tak tahu kemana tujunya. Bila dah buat perhitungan, maka banyak duit aku dihabiskan untuk makanan. Pergh! duit masuk ke dalam perut rupanya. Patut la makin chubby. Serius! baju yang aku selalu pakai pergi kerja, bila di cuba try test dah sendat sikit. Omg! Memang tak boleh cuti aku ni, kalu duduk rumah. ada jek benda nk disumbat dalam perut ni.. Lagi 1 hal, aku perasan la kan. kalau kita makan l...

Selamat Bercuti

Image
Cuti sekolah baru bermula, budak-budak pun balik kampung. Dapat jugak berehat sekejap meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Gaji pun masih ada lagi, dapat la ber-shopping sakan nak beli keperluan sendiri. Minggu ni dapat la bercuti di JB, jumpa kawan, lepak, berbual-bual dan ada tolong sikit-sikit jadi cashier kononnya. Selasa depan ada kursus pengendalian makanan, terpaksa la kena join sbb tender pun dapat sambung jadi lepas ni kena pergi kursus dan buat injection typoid. Malas betul! Rehat la puas2, lepas ni mengadap lagi perangai budak-budak ni. selamat bercuti! :) babai

My 22nd Birthday

Alhamdulillah, 23 April yang lalu merupakan hari jadi aku yang ke-22. Terima kasih kepada semua kawan-kawan, makcik, pakcik, adik beradik, nenek dan mak abah aku di atas ucapan "selamat hari jadi!" kepada aku tak kira dekat FB, sms dan face to face pun ada jugak.. Siapa yang tak happy kan bila orang sambut hari jadi kita, tapi tak mengharapkan sangat pun.At least, orang dh ucap selamat hari jadi pun dah kira bermakna bagi aku. Terima kasih kepada keluarga aku sebab sambut hari jadi aku di kedai makan apa ntah nama dia. Tak ingat pulak nama kedai tuu..Dapat makan besar tuuu dengan family. Dah lama tak buat gathering, bersuka ria. Cuma seorang tertinggal dekat Muadzam Shah, Pahang. Itu pun merajuk lepas nampak photo dalam FB. Sorry cik dayah!my 3rd sister. >.< Terima kasih la kepada my 2nd sister cik Solehah sebab sudi belanja makan besar bersama dengan family. Memang kenyang gila sampaikan perut dh kembung habis. memang padat di isi dengan tomyam campur, d...