Posts

Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim

Image
Apa khabar semua bloggers? aku dah lama tak join GA ini, so rasa macam nak join jek bila tengok GA seorang blogger cun nih. Rasa macam boleh menang jek. Haha. Sedapkan hati jek. Korang boleh join GA nih. Simple jek syarat dia. Guys boleh click dekat banner atas untuk maklumat lebih lanjut. Ok, disini aku nak 3 orang yang bertuah amarul awie LuNa Thank you for reading this entry!

Menegur

Image
"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain" Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Maknanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja. MEMBINA DAN MEROBOH Teguran boleh dibahagi kepada 2 secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak langsung suka ditegur. Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan didengari dengan berlapang dada. Lain ...

Video Rakyat Malaysia Dipukul, Dirompak Semasa Rusuhan Di London

Image
Seorang penuntut Malaysia cedera dibelasah dan disamun sekumpulan remaja dalam kejadian rusuhan yang berlaku di London dan beberapa bandar di Britain. Dalam kejadian yang berlaku di Barking, Timur London itu, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang patah tulang rahang dan gigi terpaksa dimasukkan ke Hospital Royal London. Difahamkan ketika kejadian, penuntut bidang perakaunan berasal dari Ampang itu keluar bersama rakan-rakannya untuk membeli juadah berbuka puasa. Visual Asyraf yang duduk sambil mengusap mulutnya yang berdarah dan dikelilingi lebih 10 remaja itu dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube hari ini di bawah tajuk 'Heartless robbery in London riots!!!! Video itu juga sempat merakamkan aksi seorang pemuda berkulit putih yang dengan selamba membuka beg galas Asyraf dan menyamunnya lalu berlalu tanpa sesiapa pun yang menegahnya. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom, Dzuhair Hanafiah berkata, Asyraf kini menjala...

Ramadhan bulan bagi umat Nabi Muhammad

Image
Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang. Thank you for reading this entry!

Amalan Baik Di Bulan Ramadhan

Bulan puasa adalah bulan penuh berkah dan maghfirah dari Allah SWT. Itu sesuai dengan janji-janji Allah dan RasulNya. Bahawa Allah akan melipat gandakan pahala yang dikerjakan oleh muslim yang melaksanakan ibadah puasa . Bagi ummat Islam sebaiknya mengisi bulan ramadhan dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat agar puasanya penuh dengan hikmah dan manfaat. Jadi puasa kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga. Tapi mengisinya dengan amalan-amalan yang baik. Di antara amalan yang baik untuk dilakukan pada bulan puasa dan hal-hal penting berkaitan dengan puasa adalah : Membaca Al qur’an Menurut suatu riwayat malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan membacanya di hadapan Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur’an. Alqur’an itu membacanya berpahala. Apalagi dengan memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya. Apalagi di 10 hari terakhir maka Nabi Muhammad SAW akan semakin memperbanyak kegiatan penting seperti membaca Alqur’an. Seger...

Addict

Assalamualaikum. Apa khabar semua! Rindu la dengan korang. Haha Sorry la, aku dah lama tak update blog aku nih. Busy lah semenjak semester akhir nih. Haha. Akhir la sangat kan! Ok lah, belum terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini bermakna buat kita semua. Dah 9 Ramadhan dah,  aku masih berpuasa di perantauan. Ceh! perantauan lah sangat. Esok lusa nanti rajin-rajin la selak metro atau bharian nanti keluar muka aku nak buat salam perantauan. Hoho Semenjak bulan Ramadhan ni bermula, aku rajin sangat bersahur. Haha mesti korang pelik statement aku nih. Korang biasanya sahur mesti ada makan-makan kan?? Aku tak pun, aku celik mata pukul 4. Terus buka laptop. Haha. Sekarang nih aku dah addict meng-download. Tak habis-habis meng-download jek kerjanya. Biasalah kan pukul 4 jarang ada budak online, so masa tuh la line laju-laju la sangat. Dah banyak jugak la drama korea yang aku download. Belum ...

Kesalahan Ketika Berpuasa

Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira den...