Pages

1/19/12

Amalan Di Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina hanya beberapa hari lagi. Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum Tahun Baru Cina tiba. Mesti kawan-kawan kita yang berbangsa Tiong Hwa atau lebih dikenali bangsa cina sibuk membersihkan rumah, memasang langsir yang bersih dan sebagainya, membeli beberapa cookies, mendapat pakaian baru.

Persiapan nya sama sahaja seperti kita nak menyambut Aidilfitri. Tetapi, dalam amalan mereka mempunyai kepercayaan karut atau dalam bahasa om putihnya 'superstitious'.

Tidak semua bangsa cina mengamalkan kepercayaan itu lebih-lebih lagi bagi generasi baru yang mengamalkan hidup moden. Sebenarnya, bagi mereka yang karut, terdapat lebih banyak perkara untuk menyediakan.

Kebanyakan orang yang mengamalkan kepercayaan karut ini adalah orang-orang tua yang diturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. Generasi menganggap amalan ini merupakan pembaziran dari segi wang dan masa.

Amalan karut yang wajib dilakukan:

1. Membeli set baru mangkuk, pinggan, sudu dan chopsticks yang akan digunakan pada malam semasa makan besar dan juga penyapu baru.

2. Bagi perempuan yang sudah berkahwin, diwajibkan untuk makan besar dengan keluarga sebelah suami. Jarang untuk bersama menyambut perayaan bersama keluarga kandung sendiri.

3. Tidak menggunakan apa-apa yang tajam seperti pisau atau gunting pada hari pertama Tahun Baru Cina. So, mereka akan mula memotong makanan, bersedia untuk makan tiga hari esok kerana tidak mahu menggunakan pisau pada hari pertama Cina Tahun Baru.

4. Bagi kebanyakan orang Cina, mereka percaya bahawa mereka tidak perlu menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina kerana takut semua nasib tahun itu hilang.

5. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

Kebanyakan daripada generasi muda telah melanggar kepercayaan karut. Tetapi untuk menghormati orang yang lebih tua, amalan ini tetap diteruskan kerana ia adalah sangat sukar untuk mengubah sesuatu yang telah menjalankan amalan selama bertahun-tahun.

bye !

2 comments:

  1. memang macam tu ye ? baru tahu,,,, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lumrah, kebanyakan nya diorang memang nak kan nasib baik atau 'ong'. :)

      Delete

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)